Thursday 13 May 2010

TEKNIK-TEKNIK RAHSIA BAGAIMANA MENGURANGKAN INTEREST KAD KREDIT

Pendedahan yang julung-julung kali diadakan untuk membantu anda bagaimana menyusun semula hutang kad kredit supaya dapat mengelak daripada dikenakan interest yang sangat tinggi! Yang menyedihkan ramai yang tahu swipe kad kredit dan membayar hutang secara bertangguh. Tetapi tak ramai yang tahu cara untuk elakkan interest yang tinggi

Pada zaman moden ini, boleh dikatakan setiap orang sekurang-kurangnya mempunyai 1 kad kredit daripada bank-bank di Malaysia. Orang kita nie pantang bila ada kad kredit. Ada sahaja tempat yang boleh swipe, mesti swipe punya. Dah namanya pun kad kredit sudah semestinya pemegang kad kredit tersebut mempunyai hutang.

Tetapi itulah realiti kehidupan, ada yang swipe sebab nak kahwin, ada yang swipe sebab nak beli barang keperluan rumah, ada yang swipe sebab suka bershopping…

Tetapi adakah anda tahu jika anda asyik swipe sahaja, tanpa mempunyai disiplin membayar yang teratur, interest kad kredit menjadi barah? Mula-mula boleh diabaikan sahaj tetapi lama-lama sampai satu masa apa yang anda bayar hanya mengurangkan jumlah interest sahaja tanpa mengurangkan jumlah pokok hutang…

Jadi, bayar kesemua outstanding balance kad kredit anda sekarang sebelum anda :
Menerima panggilan daripada bank untuk menjelaskan hutang kad kredit
Disenaraihitamkan dalam sistem maklumat kewangan bersepadu Bank Negara (CCRIS)
Punya hutang semakin naik, naik, dan terus naik….

Realitinya….

Cukupkah gaji anda untuk membayar hutang kad kredit sekaligus? Setakat bayar minima sahaja memanglah mampu, kadang-kadang ada laar lebih sikit dari minima tetapi hairan yaa kenapa baki hutang masih tidak susut?

Banyak orang kata jangan pakai kad kredit nie, nanti banyak hutang keliling pinggang, masalahnya kalau anak sakit, takder duit nak beli barang sebelum kahwin, kereta rosak, beli perabot baru siapa lagi yang boleh bantu? kad kredit laah sahabat karib kita…

Memang nak bayar kesemua outstanding balance, tetapi bila nak bayar saja ada jerr dugaan yang memerlukan komitmen duit tue digunakan di tempat lain. Bila dah bayar minima jerr, interest pun sama naiklah….

Takpalah saya swipe jerr dulu nanti bulan-bulan akan datang kalau ada duit lebih bayar laar. Tetapi bayar bulanan RM50, lepas bayar swipe pula sampai RM500. Interest pun makin galak ‘tumbuh' dalam penyata bulanan

Eh ada terdengar laar macam mana nak kurangkan interest kad kredit tetapi saya taktau macam mana nak guna ‘tools' tersebut…



Related Posts with Thumbnails